Wednesday, July 8, 2009

1st bday.




happy birthday sayang!ibu,abah n abg sgt sayang adik.semoga jadi insan yg berjaya di dunia dan di akhirat,anak yg membahagiakan ibubapa dan org2 sekelilingmu..

Wednesday, July 1, 2009


pakai resipi scottish shortbread cookies yg diambil diblog nanee utk buat biskut ni.rasanya sedap,x manis bila makan ssh nak stop..heheh :D tq nanee psl rekemen resipi ni ;)

karipap wholemeal



ini menu yg sesuai utk anak bujangku yg cerewet tu memandangkan dia suka sgt mkn karipap ;)
rasanya mmg sedap dan lebih kaya.sesuai dgn selera kami sekeluarga.saya letak inti sardin.rasanya apa2 inti pun sedap ni

sediakan inti dahulu.
inti sardin:
1 biji kentang sederhana-dadu
3 ketul sardin tin+kuahnya sedikit
1 labu bawang besar-dadu kecil2
2 ulas bawang putih }ditumbuk
1/2 inch halia }
1 sb serbuk kari daging-tambah jika mahu lebih pedas
2 sb minyak utk menumis
garam secukup rasa
jus dari 2 biji limau kasturi
air secukupnya

-tumiskan bawang besar dan bahan yg ditumbuk hingga wangi.masukkan serbuk kari.kacau rata.masukkan kentang dan sardin.pecah2kan sardin.gaul rata.masukkan air.biar kentang empuk dan air kering.masukkan jus limau dan garam.gaul rata.tutup api dan biar sejuk.

doh:
2 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung wholemeal
1 st garam
3 sb minyak dipanaskan(pakai sunflower oil)
air ais secukup lembut adunan

-panaskan minyak
-ayak tepung gandum.satukan dgn tpg wholemeal dan garam.gaul rata.masukkan minyak panas.kacau dgn senduk kayu dulu hingga sejuk sikit baru guna tangan.
-masuk air ais sikit2 sampai jadi doh.rehatkan setengah jam

-sediakan karipap seperti biasa.
-goreng dgn api sederhana kecil hingga keperangan.angkat dan toskan.

kek buah sempoi liza



resipi disini


thks to kak jun yg sudi berkongsi resipi yg sangat best ni dgn semua..sangat mudah,sangat sedap.melt in your mouth gitu..mmg dah lama stick dgn resipi ni saja utk kek buah.Mr Nasir yg x gemar sgt dgn kek pun boleh mkn banyak kek ni..saya ikut cara jo(mekarmewangi blog) buat dgn tambahkan 2 biji kuning telur dlm adunan..thks ya jo n kak jun :)

minta izin c&p ya..

Bahan-bahan ( 1 loyang (20cm) )
250gm butter
1 tin kecil susu pekat manis
1 kotak mixed fruit
1 cawan air masak
Bahan A:-
2 biji kuning telur
3 cawan tepung gandum
1 biji oren diambil jus dalam 1/2 cawan ( kalu x d, guna jus dlm kotak atau bancuh kordial jd 1/2 cwn)
1 sudu teh soda bikarbonat

Campur butter, susu pekat, mixed fruit dan air masak dalam periuk. Masak atas api perlahan hingga cair semua. Angkat dan biar sebentar, masukkan dalam fridge semalaman. (kalu nak buat esok pagi, masak malam ni n simpan dalam peti di bhgn biasa tau..bukan freezer)
Keluarkan dan biar dalam 1 jam.masukkan kuning telur.kacau.Lepas tu campurkan dengan semua bahan A. Kacau dengan senduk, sebati.
Masukkan dlm loyang yg dialas kertas dan dgris. Bakar hingga masak ikut oven (jun masak dlm 1 1/2 jam)
* simpan semlmn supaya jus dr buah tu meresap skalik..warna kek pun perang sbb kismis dan adunan ni agak pekat, jgn risau. Buah2 pun sekata, x mendap..*

awards




thks to kak masz yg sudi panjangkan awards ni pada saya.blog yg jarang2 berupdate ni ;)

ada rules jugak ni..

1) Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.

award diberi oleh kak masz yg vouge heheh..

2) Pass the award to 15 other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.

saya nak pass award ni pada semua kawan2 yg sudi jengah blog saya ni..sudi2kan lah ya..nani,kak za,kak ana,kak rozie,wanie n yg lain2 juga..

Wednesday, June 24, 2009

fried bread



setiap hari kepala saya pening fikir apa yg perlu disediakan untuk anak bujangku yg SANGAT2 cerewet tentang makanan.lebih2 lagi nasi.ada kala dia boleh makan nasi(nasi goreng)dgn banyak tetapi kebanyakan masa dia mmg tak mahu langsung.tak boleh juga ulang menu yg sama setiap hari walaupun dia suka makan tu.berbeza dgn kita yg boleh makan nasi setiap hari(mungkin lauk saja yg berubah).dia mmg x mau mcm tu.dari pemerhatian saya,dia suka nasi yg berperisa mcm nasi ayam,nasi tomato @ baryani.tapi tetap juga x boleh mengadap nasi hari2..kalau masak bubur pun nak yg sedap2..kalau makan tu utk lunch,dia xkan makan yg sama lagi utk dinner..heheh mana x pening kan?

dia lebih suka makanan yg gunakan tepung mcm jemput2,karipap,roti canai(sangat2 suka ni)dan boleh terima roti dgn peanut butter@jem2 tertentu.tak banyak pilihan menu biasa utk anak bujangku ini.terpaksalah ibu perah otak fikir mcm mana nak pelbagaikan menu utk daniel.kalau x kena dgn selera sanggup dia minum susu saja seharian..

jadi,sejak dia dah pandai memilih makan ni..macam2 yg saya dah cuba sediakan untuk daniel.ada yg diterima,ada juga yg bolayan..alhamdulillah banyak juga yg saya dah tahu tentang selera anak ni.betullah,dengan kehadiran anak dalam hidup kita,menjadikan kita orang yg lebih matang dari sebelumnya..

mungkin juga saya yg jadikan dia cerewet sebab kami sendiri amat jarang makan nasi.dulu sebulan ada la sekali dua sahaja.pernah juga sampai berbulan2..cuma masak bubur(nasi@oat) untuk daniel setiap hari semenjak dia bersedia untuk makan(usia 6bln).menu kami pula lebih kepada yg berasaskan gandum seperti roti,tortilla,puri,pita dan lain2.jadi..supaya anak gadis saya ni tidak cerewet mcm abgnya ni..saya bagi dia rasa apa saja makanan yg saya masak(yg sesuai).lagipun miya ni dah start sibuk nak makan sama since umur 3bln+.masa daniel dulu mmg saya agak strict sampaikan saya mmg x bg kalau ada yg bagi dia rasa makanan2 org dewasa ni sebab bergaram dll.

bila fikirkan balik,kenapa kita tak cerewet mcm budak2 sekarang,mungkin kerana org tua kita dulu lebih terbuka dlm hal2 pemakanan anak2..takat bagi rasa sikit2..tak salah rasanya..sedikit sebanyak anak2 dpt belajar tentang makanan2 yg biasa kita makan sehari-hari..ini pendapat saya untuk diri sndr dan anak2 ;)lagipun dulu2 makanan x mcm sekarang yg byk sangat chemicalnya sampai ikan2 pun pakai bahan pengawet demi menjamin ketahannya.ibubapa saya lebih suka gunakan bahan2 yang segar dan disediakan sendiri demi kesihatan..


roti ni saya salut dgn batter sebelum digoreng.saya campurkan kucai yg digunting halus,parutan carrot,garlic salt(garam biasa pun boleh),putih telur dan blackpepper ke dalam tepung dan gunakan susu segar untuk membancuh adunan.boleh juga letakkan cincangan isi udang,ayam,daging dan lain2 mengikut selera masing2 dan digoreng menggunakan sunflower oil supaya lebih sihat







Tuesday, June 23, 2009

nak tayang gigi saya .. ;)

pandan muffin



recipe pandan muffin dr kak yani
wat double separuh ikut resipi separuh lg saya letak filling strawberry jem n tabur dgn choco chips.
sedap resipi ni..mmg dah selalu wat sblm ni..thks kak yani ;)



Monday, June 22, 2009

nak interframe japs!heheh



heheh..cuba anda perhatikan apakan perbezaan saya masa anak seorang(gambar atas) dgn skarang(anak 2 org-gambar bawah)
.
..
...
....


.....
......
saya..CHUBBY!!!

nak kurus!nak kurus!!!..!!!!hahahaha..betul lg ke ni?wekkksss!!

Friday, June 19, 2009

tanamanku



smpt snap gmbr tanaman sikit2 lepas hntr bos keje td.
tgklah pokok2 yg dah agak terabai sikit sekarang ni..mint boleh tahan byknya..kucai tu baru je ambil 2 hr lepas buat jemput2 utk daniel.kesum pun sihat2 saja cuma kawasan sekitar je semak.hihihi..kena cari masa weekend ni nak kemas sikit pokok2 ni.. ;)

lempeng & sambal sardin



ini sarapan kegemaran kami kalau ada sambal sardin.lempeng biasa yg hanya menggunakan tepung,garam dan air sejuk digoreng dgn sedikit minyak..sambal sardin yg kurang pedas dan ditambah daun kesum..saya suka dgn bau daun kesum tu.suka juga letak daun kesum dlm masak lemak cili padi kalau tak ada daun kunyit..jom sarapan ;)

Thursday, June 18, 2009

puding coklat



puding yg mudah disediakan..

1 sb serbuk agar2
3-4 sb serbuk koko
2 sb butter
1 tin susu cair+ air jadikan 1 liter
140g gula(saya letak gula perang+sikit gula putih)-ikut tahap kemanisan masing2
sedikit garam

-satukan agar2 dgn gula.masukkan campuran susu dan air.masak hingga gula cair.masukkan serbuk koko dan garam.kacau lagi hingga sedikit pekat dan sebati.masukkan butter.kacau.jgn lupa rasa,sesuaikan ikut citarasa sndr.tutup api..
-tapis masuk dlm bekas yg diingini..biar sejuk sebelum disimpan dlm peti sejuk...

biskut arab




biskut arab utk anak2..ingat lagi raya yg lepas..daniel suka sgt mkn ni.jadi saja buat sikit utk dia kunyah2..rajin pulak tu menolong masa proses bulat2kan kuih tu-mengacau sbnrnya..tp mcm dah x berapa gemar je..hmmm

cookies ala famous amous



resipi ni amik kat rumah mamavouge@kak rozie

wat 1/2 adunan saja..tambah blackcurrant n bakar lama sikit supaya lebih rangup..thks kak rozie .. ;)

Wednesday, June 17, 2009

24k



sedang mencuba eye contour lifting serum utk dark circle..nmpk juga effect dia..tp masih baru lagi kan..tunggu lama ckit tgk macamana..harap2 kali ni dpt repair bawah mata yg dah agak teruk ni haa..thks to mr nasir..sebab sponsorkan benda ni.. ;)